top of page
Search

Ulasan Gig | This is Your Scene Vol. 1

Saya ucapkan tahniah kepada penganjur yang telah membuat gig This Is Your Scene Vol. 1. Dan saya ucapkan tahniah juga kepada band-band underground yang perform pada masa itu. You all memang the best dan tidak mengecewakan crowd, semuanya sporting. Jadi saya ingin ulas lah tentang gig This Is Your Scene Vol. 1 ni. Selamat membaca, enjoy!.


Pada 2 Disember, Don's Legacy Valley Studio anjurkan gig yang bernama This Is Your Scene Vol. 1. Aku nampak flyer tu jadi aku pun pergilah gig tu.


Tapi dalam hati aku (kalau aku pergi ni, alang- alang aku review) jadi aku pun pergilah. Dan apabila aku sampai semestinya band pertama sudah perform cuma lambat datang. Jadi lambat sikitlah band pertama perform. Jadi tunggu punya tunggu akhirnya band pertama pun perform iaitu band Thirty Evil Seconds. Dan masa tu crowd pun mulai datang dan semua orang mula headbanging. Sesiapa yang tidak tahu headbanging ini apa, ia adalah sesuatu pergerakan kepala yang bergerak ke atas dan ke bawah. Tetapi ikut rentak lagu (yang biasanya rancak). Jadi aku pun ikut juga headbanging ni. Dan lanjutlah band yang kedua adalah band USUS. Band USUS ni agak seram juga. Dia punya suara screamo itu terlalu tinggi nadanya tapi best juga cuma itulah lirik nya mungkin sesiapa yang faham tu fahamlah tapi sesiapa yang tidak paham dengar sahajalah.



Tapi semasa band USUS ni perform semua orang headbanging juga kerana lagu-lagu yang mereka bawa ini membuatkan kita untuk teruskan headbanging begitu dan sakit kepala hahaha. Dan band yang ketiga adalah band Perpetual. Band ni aku pernah temubual dan diorang ada main dekat gig This Your Scene Vol. 1. Dan sama juga semua orang headbanging dari band pertama sampai band ketiga.


Memang begitu genre-genre muzik mereka dan Perpetual ada keluarkan single mereka iaitu Siege and Suffer. Dan mereka pun ada menyanyikan lagu ini pada masa itu. Dan setiap akan membawakan dua-tiga lagu.. Dan band keempat yang paling mereka tunggu- tunggu adalah Magnum45. Sebab apa mereka tunggu- tunggu kerana diorang boleh Mosh Pit, Circle Pit, Two Step & Stage Diving.


Kerana Magnum45 ini membawakan genre Melodic TrashPunk dan genre muzik mereka membuatkan kita untuk buat semua gerakan itu. Dan crowd- crowd lain pun ikut untuk Moshing dan Two Step. Dan band terakhir adalah band Agonized. Ada sebab kenapa band AGONIZED ni last perform. Sebabnya adalah mereka ada mengeluarkan sebuah EP yang terbaru. Aku lupa apa nama EP tu. Tetapi lagu-lagu mereka juga best. Ada juga crowd yang headbanging, ada juga yang MoshPit dan banyak lagilah.


Jadi itu sahaja yang aku dapat kongsikan kepada anda setelah saya pergi ke gig This Is Your Scene Vol. 1 ni. Crowd pun agak banyak juga dan semua friendly. Jumpa Vol. 2! Terima kasih.



(Tulisan ini adalah oleh saudara Mukti Hassan dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya.)

18 views0 comments

Commentaires


bottom of page