top of page
Search

Pesta Merdekaria 2025: Patriotisme Generasi Baharu Diserlahkan!

ree

SANDAKAN, SABAH, 25 September 2025- Cahaya Society dengan Kerjasama Kelab Alumni Cahaya telah menjayakan Pesta Merdekaria 2025 yang merupakan acara tahunan yang keempat sejak tahun 2022.


ree

Pesta Merdekaria adalah sambutan patriotik sempena Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan dengan mengumpulkan bakat-bakat daripada anak-anak rentan di Pusat Alternatif dan Sekolah Swasta di Sandakan, Sabah. Pelbagai acara dipertandingkan; Sajak Merdeka, Koir Patriotik, Cerita Rakyat dan Lakarya.


ree

Tahun ini, lebih 100 hadirin daripada pelbagai sekolah yang terlibat bersama-sama menampilkan jiwa merdeka dan semangat cinta tanah air di Gilwell Scouts Nature Park, Sandakan.


ree

"Ini bukan sekadar acara (kemerdekaan) tetapi pembuktian bahawa kami mencintai tanah air,

tanah tumpah darah kami" menurut Radzmil Angking (Pengarah, Merdekaria 2025) Ketika mengulas lanjut aktiviti. Juri profesional turut menyerikan majlis.


ree

Cahaya Society berharap agar medium yang sederhana ini akan terus mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia dalam memastikan tiada keciciran dalam perjuangan kemerdekaan dan sentiasa mencipta ruang selamat untuk anak-anak rentan dalam negara ini untuk berkarya dan menampilkan bakat. Bertemu lagi di Merdekaria 2026!


 
 
 

Comments


bottom of page