top of page
Search

ULASAN GIG | GEN-POP SILVERSUN SHOWCASE oleh Mukti H.

Saya ucapkan tahniah kepada penganjur yang telah membuat gig Silversun Imprison Angela di Loud Music Studio, Sandakan, Sabah. Dan saya ucapkan tahniah juga kepada band-band underground yang perform pada masa itu. You all memang the best dan tidak mengecewakan crowd, semuanya spoting.


Pada 18 February, Loud Music Studio anjurkan gig yang bernama GEN-POP SILVERSUN SHOWCASE- IMPRISON ANGELA PREMIERE MV cuma aku pendekkan menjadi (Silversun Imprison Angela Showcase). Jadi, kami pun pergilah gig tu sebab kami dijemput untuk buat satu persembahan pembukaan. Sampai sahaja kami di sana pada jam 3 petang diorang menayangkan New Single mereka iaitu Imrpison Angela (Lyrics Video). Selepas itu, kami pun membuat Seni Persembahan bertajuk; (Belenggu Yang Menolak Perbudakan). Dan ulasan daripada tajuk Seni Persembahan ini, (Belenggu Yang Menolak Perbudakan) ini ada di Arkib Cahaya, yang ditulis oleh Rien Sd. Dan aku antara seorang watak daripada Seni Persembahan itu. Dan crowd pada masa itu pun agak ramai juga.







Selepas sahaja kami buat persembahan akhirnya band pertama pun perform iaitu band Kairose yang membawakan genre Pop Punk/Modern Rock. Dan band ini berasal dari Sandakan, Sabah. Dan mereka ada membawakan beberapa lagu diorang dan ada juga lagu- lagu cover daripada Cokelat & Sekumpulan Orang Gila (SOG). Band kedua perform iaitu band Demo Untuk Rakyat (D.U.R) antara band legend yang berasal dari Sandakan, Sabah. Diorang membawakan genre Punk Rock Kapak. Sama juga diorang pun membawakan beberapa lagu sendiri dan lagu cover. Seterusnya band The Checker. Band ni berasal dari Sandakan, Sabah juga. Dan genre yang diorang bawa adalah StreetRock Oi!. Iaitu Skinhead lah. Dan disinilah juga aku berjumpa dengan crowd Skinhead, Punk, Grunge. Dan banyak lagi lah.


Band yang keempat iaitu band Lazy Suzan yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Band ni membawakan genre Neo Rock N Roll. Dan diorang pun ada membawakan beberapa lagu yang diorang sendiri buat. Dan habis sahaja band keempat ini gig tu pun jeda sekejap (Rest Eat/Maghrib Prayer). Dan selang beberapa minit habis itu band kelima pun perform iaitu band Nofap yang membawakan genre Grungegaze. Dan pada masa band ini perform semua orang headbanging. Dan kalau tidak silap semua lagu yang diorang main tu semua lagu diorang. Dan lanjut band yang keenam iaitu band Thirty Evil Seconds yang membawakan genre Metal/Melodic Hardcore. Semasa band ni perform semua orang Mosh. Ada yang Two Step, ada yang Mohspit, ada yang Stage Diving (Stage Diving ni apabila kita naik ke atas pentas habis itu kita lompat dan terbaring di atas tangan orang. Sebab, dorang menggunakan tangan diorang sendiri. Dan crowd time itu ramai.). Dan aku pun ada juga ikut MoshPit (Hihihi).


Dan lanjut band yang ketujuh. Iaitu band Suka Suki band dari Sandakan, Sabah juga. Band dorang ni membawakan genre Boots Reagge/Rock Steady. Dan semasa band ni perform semua orang menari juga, ada yang menari Pogo Ska dan ada juga yang Stage Diving. Dan band terakhir iaitu band Silversun yang berasal dari Sandakan, Sabah juga. Yang membawakan genre Grunge. Dan mereka membawakan 4 lagu sahaja dan semasa Silversun memainkan lagu The Light Years. Aku dengan tiba-tiba dipanggil ke depan pentas, dan pada masa itu aku sedang merakam. Dan sekali aku depan pentas tu aku naikkan 1 kaki ku ke atas pentas. Dan dengan tiba-tiba aku pun terjebak di Stage Diving. Tiba- tiba terus aku diangkat dan itu adalah pengalaman pertama ku Stage Diving. Sebab gig- gig sebelum ni aku mau cuba Stage Diving, tapi takut- takut (takut- takut tidak disambut hihihi). Tapi kali ini, ini antara pengalaman pertama aku Stage Diving.


Jadi ini sahaja lah yang dapat aku kongsikan kepada anda setelah aku pergi gig Silversun Imprison Angela Showcase. Crowd pun agak banyak juga dan semua friendly. Jadi, kita tunggu lagi gig yang akan datang!




45 views0 comments

Comments


bottom of page