top of page
Search

Ulasan Filem | Sijjin oleh Radzmil A.

Sijjin ialah sebuah filem yang diadaptasi dari filem Turkiye Siccin (2014). Sijjin dikeluarkan oleh Rapi Films dan diarahkan oleh Hadrah Daeng Ratu (Pengarah filem Makmum 2019 dan banyak lagi). Sijjin berdurasi 1 jam 41 minit. Filem ini hanya dikeluarkan di pawagam, kalau mahu tonton, tontonlah di pawagam kalau bermaruah dan mengangkat nilai- nilai perfileman ini.

Sijjin menceritakan tentang sepasang sepupu yang menjalinkan hubungan iaitu Galang (Ibrahim Risyad) dan Irma (Anggika Bolsterli), Tapi setelah Galang berkahwin dengan Nisa (Niken Anjani) dan mempunyai anak perempuan cacat dari lahir iaitu Sofia (Messi Gusti), Galang pun terpaksa memutuskan hubungan dengan Irma sebab mempunyai keluarga, Irma tidak boleh terima keputusan begitu cepat sebab ia pun mengandung dan keguguran kerana berbuat hubungan seks dengan sepupunya Galang (Kalau mahu tahu kenapa Irma keguguran, tontonlah Sijjin).





Di sinilah bermulanya konflik apabila Irma pergi berjumpa dengan bomoh yang ia pernah jumpa 12 tahun lalu, Irma meminta bantuan dengan bomoh tersebut untuk mendapatkan Galang walau apapun caranya sekali. Si bomoh cakap "Hanya ada satu jin yang boleh melakukan ini, jin ini akan membunuh seluruh darah daging perempuan itu dalam masa 5 malam, jin Anzar (Saya kurang pasti tentang jin Anzar ni), berikan aku darah, foto atau rambut." (Lebih kurang begitulah dia cakap) "Lakukan apa yang patut dilakukan." Nada Irma dengan nada yang terpaksa demi seorang lelaki yang entah apa keistimewaan si lelaki penjual daging ini.

Pada malam pertama Nisa solat subuh, selesai saja ia solat subuh tiba- tiba jatuh di hadapannya kepala kerbau dan usus- usus kerbau ter Di sinilah bermulanya konflik apabila Irma pergi berjumpa dengan bomoh yang ia pernah jumpa 12 tahun sebut disebabkan sihir yang dihantar oleh Irma. Pada malam kedua (2) tiada apa- apa yang berlaku cuma macam kerasukan di waktu siang. Pada hari ketiga (3) pula, Nisa tiba- tiba kerasukan dan cuba untuk membunuh ibu mertuanya. Ibu mertuanya sakit tenat tidak boleh jalan, pada hari tersebut ibu mertua Nisa tiba- tiba boleh berjalan dan menuju ke dapur untuk mengambil air yang sudah direbus dan ia siram air tersebut ke kepalanya sehingga ia sedar rupa- rupanya ia kerasukan, dan ia pun mati. Pada malam solat jenazah, Nisa kerasukan dan menterbalikkan keranda mayat. Secara singkatnya filem ini mengisahkan tentang keluarga, bercinta lepas tu terpaksa berpisah, balas dendam mahu membunuh keluarga isteri si lelaki demi mendapatkan si lelaki dengan pertolongan bomoh.


Reviu Peribadi

- Sebenarnya storyline filem ni hanaya fokus ke arah family build up relationship.

- Kalau kamu tonton di pawagam sijjin ni kamu mesti fikir sebenarnya yang jahat adalah si Galang, dialah konon yang membelot Irma, tapi tidak, mereka berdualah yang jahat dalam cerita ni sebenarnya, dalam cerita ni segala jin mesti berkata begini "Kamu bunuh anak Irma" (Lebih kurang begitu), dan si Irma terpaksa menaggung semua kejahatan si Galang.

- Jump scare teruk, sangat tidak seram, jump scare tidak memberi kepuasan kepada penonton yang minat cerita horror movie, banyak momen jump scare tidak kena dengan hati (Korang tontonlah kalau tidak percaya).

- Wulan adik Irma, sebenarnya tersepit dengan masalah ini, dia mahu menyelesaikan segala pertelingkahan ini tapi sudah terlewat (Kematian Wulan yang menyedihkan).

- Plot twist bagi aku bolehlah tapi tidaklah mind blowing sangat, Irma tersalah ambil darah, rupa- rupanya darah yang Irma ambil adalah darah budak tu (Sofia), Sofia adalah keluarganya, maksudnya dia pun mati terkena dengan sihir yang dia hantar.

- cara mereka ambil angel untuk shooting bagi aku padu, mungkin boleh diperbaiki kalau dibandingkan dengan filem khanzab

- waktu kami tonton official trailer filem, kami fikir ini mesti seram dari filem khanzab sebelumnya, cuba korang tengok youtube Zhafvlog dua (2) bulan lalu, dia pun macam rasa kagum dengan trailer tersebut. aku betul- betul letak high expextation dengan filem ni, tapi tengoklah apa yang mereka beri kepada penonton, sangat menyedihkan, Zhafvlog pun sangat ternanti- nantikan filem, sekali sama juga dia bagi rating 1/5 bintang. (tonton di youtube: Pure Pixel).

- personal rating 5/10

Come on Rapi films come on diractor takkan begini kamu bagi kepada peminat filem horror Indonesia, Indonesia ni, dalam industri filem seram mereka yang takluk di Asia.

- Ini pendapat aku sendiri sesiapa yang mahu kritik reviu aku silakan komen jangan segan. Jumpa lagi di next reviu aku akan datang.


(Tulisan ini adalah daripada saudara Radzmil Angking dan tidak semestinya mencerminkan pihak Arkib Cahaya)



16 views0 comments

Comments


bottom of page