top of page
Search

ULASAN FILEM | Mantra Surugana oleh Imran

Mantra Surugana ialah filem terbaru Indonesia yang diarahkan oleh Dyan Sunu Prastowo. Aku baru pertama kali melihat filem Prastowo ini, Pelakon utamanya adalah Sitha Marino. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2023. Filem ini bergenre horror dan filem ini khas untuk tontonan mereka yang berumur 18 tahun ke atas.


Filem ini menceritakan tentang seorang perempuan iaitu Tantri (Sitha Marino) yang tinggal di asrama yang sangat seram. Dia mempunyai kebolehan untuk mencari orang yang sudah hilang atau mati. Cerita ini bermula apabila si Tantri dan kawanya menyiasat di mana mayat kawan mereka. Banyak yang mengatakan dia bunuh diri. Ketika mancari mayat kawan mereka, mereka terjumpa buku mantra di rumah kawan mereka itu. Akhirnya, si Tantri tahu apa yang terjadi. Rupa-rupanya kawan mereka itu mahu membalas dendam dan menyeru iblis untuk membunuh semua orang yang sudah memperkosa dia. Tetapi dia korbankan nyawanya untuk iblis itu supaya permintaannya diterima.





Bagi aku filem ini tidak terlalu seram jika dibandingkan dengan filem yang aku tengok seperti Sijjin, Makmum, dan Pengabdi Setan. Filem ini berbeza. Filem ini jumpscarenya kita boleh tekal. Bagi aku jalan cerita filem ini lambat. Tapi, pelakonnya Sitha Marino hebat membawa watak Tantri walaupun filem ini hantunya memang tidak menakutkan.


Filem ini hanya sesuai ditonton olehorang dewasa sahaja kerana mempunyai adegan seks. Filem ini boleh ditonton di Netflix. Aku bagi rating filem ini 7/10 kerana masih boleh diperbaiki dari segi jalan cerita yang terlalu lambat bagi aku dan juga jumpscare yang boleh lebih seram lagi. Bagi kamu macam mana?


(Tulisan ini adalah pandangan saudara Imran dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya)

14 views0 comments
bottom of page