top of page
Search

Surat Untuk PMX

Menurut pandangan saya sebagai anak muda yang masih berumur 17 tahun, saya ingin mengutarakan pandangan saya tentang cadangan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan. Pihak kerajaan haruslah menggunakan penekanan media sosial dalam menyampaikan info-info dalam urusan kerajaan dan memaklumkan kepada rakyat tentang usaha yang telah dilakukan sepanjang tempoh menjadi kerajaan.

Hal ini dikatakan demikian kerana, anak muda lebih gemar mengikuti berita palsu tentang kerajaan kerana tidak mengkaji pangkal sesuatu maklumat yang diterima.

Umum mengetahui bahawa kerajaan haruslah mempertingkatkan usaha dalam mengelakkan anak muda daripada terjerumus dalam politik murahan. Di samping itu, saya memberi sokongan padu dengan pelaksanaan program Temu Anwar yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat. Program ini secara tidak lansung telah membuka peluang kepada anak muda menanyakan soalan kepada Perdana Menteri dan menyelesaikan soalan yang bermain di minda selama ini kerana pandangan cendiakawan ada menyatakan “Selagi manusia digelar manusia, nafsu dan iman sentiasa berperang” menunjukkan bahawa anak muda perlulah diberi peluang untuk bersuara dan mengutarakan pendapat bagi mengelakkan minda mereka dicemari oleh maklumat palsu yang boleh menjerumuskan mereka dalam membuat kesilapan dalam keputusan.

Surat ini juga bertujuan meyatakan pandangan saya tentang harapan anak muda daripada pemimpin negara yang hebat ini. Umum mengetahui Yang Amat Berhormat ialah seorang pejuang berpuluh tahun lamanya dalam menduduki jawatan perdana menteri bagi mengelakkan negara Malaysia daripada jatuh ke tangan pemimpin yang mengambil rasuah dan menindas rakyat

Justeru harapan saya adalah mengharapkan bahawa usaha Yang Amat Berhormat diteruskan dalam mencegah pentadbiran negara daripada terjerumus kepada gejala rasuah dan mempertingkatkan ekonomi negara. Tambahan pula, saya sebagai anak muda yang akan meneruskan pelajaran ke tingkat yang lebih tinggi dan akan bekerja pada masa hadapan amat memerlukan kestabilan ekonomi dalam negara.


Syabas atas usaha kerajaan dalam membawa masuk pelabur luar ke dalam negara kita. Semoga Allah menjayakan usaha Kerajaan Perpaduan dalam membawa Malaysia ke arah yang lebih maju. Saya sebagai anak muda umum mengetahui usaha yang telah dikukan oleh Kerajaan Perpaduan selama memerintah dalam tempoh beberapa bulan ini.


(Esei ini adalah tulisan pemenang bagi Pertandingan Menulis Surat untuk PMX, adik Siti Mursyidah)

8 views0 comments

Comments


bottom of page