top of page
Search

Reviu Filem: Gie (2005)


Gie adalah filem yang menceritakan kisah benar tentang catatan kehidupan Gie, filem ini diadaptasi dari buku Soe Hok Gie yang bertajuk “Catatan Seorang Demonstran.” Filem ini juga dilakonkan oleh pelakon terkemuka iaitu Nicholas Saputra. Di dalam filem ini Nicholas Saputra sebagai Gie. Filem ni diterbitkan pada 2005.

Gie keluarga yang berketurunan tionghoa yang tidak begitu kaya di Jakarta.

Sejak remaja lagi Gie memang sangat suka membaca buku-buku intelek, selain suka membaca, Gie juga sangat suka mendaki gunung dan menonton filem. Waktu remaja Gie ni di habiskan dengan membaca, mendaki dan lepak dengan kawan- kawannya.


Konflik bermula apabila Gie mula menyedari bahawa pemerintahan ketika itu sangat tidak adil. Gie dan rakan-rakannya mula memberontak dan memprotes di luar universitas. Dan ada juga gerakan yang tidak suka dengan gerakan Gie. Jadi Setiap kali Gie mahu buat perbincanagn filem atau buku, mesti ada yang tidak suka. Pada satu hari itu sahabat Gie iaitu Herman Lantang bertanya “Untuk apa semua perjuangan ini Gie” pertanyaan ini dengan tenangnya Gie menjawab “untuk memperoleh kemerdekaan sejati dan hak dijunjung sebagaimana mestinya ada harga yang harus dibayar dan memberontaklah caranya.” Itulah jawapan Gie yang menggugat hati sahabatnya Herman. Han, rakan zaman kanak- kanak Gie, Han sentiasa sangat kagum dengan kebijaksanaan dan keberanian Gie yang tiada pada dirinya sendiri.


Dalam masa yang singkat itu Gie tahu bahawa Han masuk Parti Komunis Indonesia (PKI), Gie menggesa Han untuk keluar dari parti tersebut dan menghilang, tapi Han seolah- olah tak dengar apa yang Gie cakap dekat dia. Gie dan kawan-kawannya menghabiskan hiking masa lapang mereka dan menikmati alam semula jadi dengan Pelajar Pencinta Alam Universiti Indonesia (Mapala UI). Perkara-perkara lain yang mereka buat termasuk menonton dan menganalisis filem, menghadiri seni persembahan tradisional Indonesia, dan melepak.

Bagi aku filem sangat bagus untuk kau yang suka akan ketidakadilan dan keperimanusiaan. (Aku pun bukannya ada jiwa macam Gie ni).

Ada satu kata-kata Gie yang paling aku suka dan tidak terlupakan di hidupku.

“Lebih baik diasingkan daripada menyerah kepada kemunafikan.”

Rate aku untuk filem ni 8/10, sebab bukannya padu pun filem ni sampai aku mind-blowing.

Maklumat Penulis: Radzmil Angking adalah salah seorang Alumni Cahaya. Selain meminati seni bela diri, beliau juga aktif menonton siri drama, animasi dan turut terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan sekaligus Guru Komuniti di Cahaya Learning Centre.

2 views0 comments

Comments


bottom of page