top of page
Search

Reviu Filem: Extraction 2

Extraction 2 ialah sebuah filem yang dilakonkan oleh Chris Hemsworth dan diarahkan oleh Sam Hargrave, filem ini ditayangkan pada 16/Jun/2023 oleh syarikat netflix, filem ini menceritakan tentang seorang bekas militan Amerika dan diupah untuk menyelamatkan orang. Filem ini sangat- sangat tidak bosan untuk orang yang suka filem action.

Kisah bermula ketika Tyler (Chris Hemsworth) koma dalam misi menyelamatkan anak seorang raja dadah di Dhaka, Bangladesh. Selepas Tyler sedarkan diri daripada koma, Tyler dihantar ke satu rumah di Austria, untuk sementara. Dalam beberapa hari kemudian, seorang lelaki bernama Alcott mengupah Tyler untuk misi menyelamatkan bekas isterinya punya adik di Georgia.

Misi Tyler kali ini ialah untuk menyelamatkan keluarga penjenayah yang digeruni di Seluruh Georgia, iaitu Nagazi Family.


Di operasi menyelamatkan ini, Tyler minta bantuan dengan pasukannya sebelum ini. Tyler dan pasukannya berjaya membawa mangsa ke tempat yang selamat.

Sandro anak kepada mangsa ialah punca semuanya berlaku, Sandro masih berkeras bahawa dia Nagazi Family dan tidak ikut kepada ibunya. Ketika Tyler dan Sandro bercerita tentang waktu kecil Sandro dan anak Tyler pernah bermain bersama- sama. Rupa- rupanya Sandro anak haram ni menghubungi pak ciknya Zurab untuk mengambilnya di Austria. Di bangunan tersebut Tyler dan pasukannya bergegas mencari senjata mereka, Zurab betul- betul mahu bunuh adik iparnya kerana adik Zurab mati terbunuh di dalam penjara.

Ketika misi menyelamatkan kali ini, Yaz salah satu dari pasukan Tyler mati terbunuh, kakak Yaz iatu Nik mahu membalas dendam kerana adiknya terbunuh. Pada malam harinya, Tyler menghubungi Zurab untuk menyelesaikan hutang yang dibayar, iaitu darah!!. Dalam pengakhiran cerita ini Zurab mati dan Tyler masih kekal hidup dan dipenjara, dan Alcott memberi satu lagi tugasan untuk bunuh boss Alcott.

Rate peribadi aku sendiri:

  1. Coreography 9.5/10 mungkin Tyler bekas tentera, jadi dalan filem ni dia lebih banyak menggunakan senjata untuk berlawan.

  2. Storyline 8/10 senang difaham.

  3. Cinematography 10/10.

  4. Fighting Scenes 98./10 sebab banyak lagi filem yang padu dari Extraction ni.

  5. Shooting filem 10/10 aku kagum filem ni sebab One Shot Scene, terima kasih Sam Hargrave kerana masih mengekalkan one shot seperti Extraction 1.


3 views0 comments
bottom of page