top of page
Search

Reviu Band: MAGNUM45

Aku ni jenis layan genre muzik yang keraslah tapi tidak semua juga aku layan lagu keras ada juga lah lagu- lagu yang slow, rancak, macam contoh keras aku layan metal, hardcore dan banyak lagilah. Kalau macam slow pula aku ada layan Grunge dan lain-lain. Dan aku juga layan scene Music Underground ni. Buat masa ni aku lebih layan scene Music Undergroud. Ada beberapa band Underground di Sandakan ni yang aku kenal. Contoh kalau genre hardcore, Magnum45, grunge pula ada Silversun dan NOFAP. Kalau punk ada Demo Untuk Rakyat (D.U.R). Ini beberapa band yang aku kenal dalam scene Music Underground di Sandakan. Sebenarnya ada banyak lagi band-band Underground yang aku kenal, cuma aku tidak tahu genre band mereka.


Pasal MAGNUM45, Aku kenal band ni dari guru ku. Dia ni juga antara pendengar scene Music Underground juga. Ada satu hari tu, kami bercerita tentang band-band Underground, jadi dia ada sebut band MAGNUM45. Dia beritahu band ni adalah antara band yang paling awal memainkan lagu genre hardcore di Sandakan.Jadi aku pun cari tahu tentang band MAGNUM45 ni.


Apa yang aku dapat tahu tentang band ni, mereka merupakan salah satu band Underground pertama yang memainkan genre hardcore/melodic/trashpunk di Sandakan, Sabah. Dan line up band ni ialah Sammy (Gitar), Andiz (Vokal), Sham (Bass) dan Mono (Drummer).


MAGNUM45 ni adalah band yang legend dalam scene Music Underground di Sandakan ni. Bukan mereka sahaja, ada juga beberapa band legend yang lain. Band ni dimulakan pada tahun 90an. Tapi aku terjumpa GIG terakhir mereka pada tahun 2001 di Kota Kinabalu. Rasanya itu yang terakhir. Dan selepas 22 tahun mereka senyap, akhirnya mereka comeback pada tahun 2023. Dan mereka tampil di GIG Today Is The Day (Part One) di Don’s Legacy Studio bersama band-band local di Sandakan. Itu juga pengalaman GIG pertama aku bersama kawan-kawan.


Setakat ni lagu mereka yang aku tahu; Kehilangan Yang Dirasai dan Stand Your Ground. Kedua-dua lagu ni kita boleh dengar di Bandcamp dan juga YouTube. (Jika Mahu Dengar di YouTube, search magnumfortyfive). Tetapi, lagu Stand Your Ground ni hanya ada di Bandcamp sahaja. Boleh beli dan support mereka.


Follow mereka di FB untuk tahu perkembangan dan jadual GIG mereka. Support local scene Music Underground.



(Tulisan ini adalah tulisan saudara Mukti Hassan dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya)


109 views0 comments

Comments


bottom of page