top of page
Search

Reviu Filem: A Beautiful Life


A Beautiful Life ialah filem kisah benar yang diambil dari kisah seorang penyanyi bergenre pop iaitu Christopher Lund Nissen. Filem ini dikeluarkan oleh syarikat Netflix pada Jun/1/2023.

A Beautiful Life menceritakan tentang seorang nelayan yang berbakat dengan suaranya yang merdu bernyanyi, kisah bermula ketika Elliot diberi tawaran untuk jadi seorang penyanyi yang terkenal. Elliot yang setiap hari bekerja mencari lobster. Pada satu hari Elliot dibawa oleh sahabatnya Oliver untuk buat persembahan menyanyi sempena hari jadi High Profile Musik Manager iaitu Suzanne penerbit lagu yang terkenal dalam industri muzik.


Ketika Oliver sedang buat persembahan di hadapan ramai orang, Lilly anak Suzanne seakan- akan mahu muntah mendengar suara Oliver yang sumbang, seorang lelaki muda iaitu Elliot yang bersuara merdu seakan- akan malaikat yang datang memberi wahyu kepada sahabatnya dan orang ramai. Lilly yang tadinya mahu keluar ternga- nga seketika mendengar suara Elliot yang merdu.

Dalam cerita init Elliot berjaya menjadi seorang penyanyi yang terkenal, dan bercinta dengan anak Suzanne, Lilly. Lilly yang sentiasa berada di samping Elliot ketika susah dan senang, Oliver yang tidak terpilih sebagai penyanyi yang hebat mengungkit masa lalunya bersama Elliot yang sudah berjaya dan membakar Kapal peninggalan ibu bapanya.

Ketika kapal peninggalan ibu bapa Elliot dibakar, Elliot tidak tentu arah, sedang mencari dirinya yang sebenar mengurus masalah emosinya, Lilly yang mengandung tapi Elliot belum bersedia untuk menjadi seorang ayah, Lilly membawa kesedihannya ke luar negara menjadi penerbit di satu syarikat.

Akhir cerita filem ini Lilly dan Elliot bersama semula bahagia bersama kandungannya, Elliot yang berjaya menjadi seorang penyanyi yang terkenal, dari seorang lelaki biasa- biasa sehingga menjadi lelaki yang luar biasa.

1. Rate aku sendiri: 9/10 - Story line tidak mengecewakan. - Graphic tidak seberapa padu tapi oklah.

2. Filem ini bagus untuk dijadikan sebagai inspirasi bagi aku. Sebab bagi pandanagn aku tidak ada orang yang berjaya tanpa melalui keperitan hidup, tanpa melalui tembok yang besar dihadapan, sebagai contoh Cristiano Ronaldo dulu hanya seorang budak yang membersihkan jalanan di Portugal Madeira tempat tinggalnya, tengoklah sekarang, seluruh dunia kenal nama seorang lelaki bernama Cristiano Ronaldo. satu kata- kata Ronaldo yang aku ingat sehingga sekarang iaitu, "Talent Without Hard Work Is Nothing".

3. Kita ambil lagi satu contoh seorang lelaki yang terkenal di Nusantara, iaitu Datuk Awei, ketika dia tinggal di kampung setinggan, Awei menyanyi diluar rumahnya bersama gitar. Awei tidak tahu bahawa suaranya merdu, sehinggalah dia diambil oleh sifu M. Nasir dibawah syarikat Luncai Emas. Dari seorang lelaki muda yang hanya bernyanyi di kampung setinggan sehinggalah bernyanyi di di seluruh Nusantara.


(Reviu filem ini adalah tulisan saudara Radzmil Angking dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya)

7 views0 comments
bottom of page