Mataku berdarah
Mulut ternganga berfikir
Berbogel bersama impian
Menelan segala pahit riuk sakit
Lelah mengukir masa depan
Trauma dalam masa lampau
Aku bukan realiti Bukan juga imaginasi
Aku adalah kepudaran,
Demi meleraikan rasa sakit daripada keinginan untuk mati
Aku pudar,
Aku tak mahu lagi mati.
Aku pudar,
Aku tak mahu lagi hidup.
Aku pudar,
Aku tak mahu lagi mengganggu.
Aku pudar,
Demi hari esok yang aku tak mahu melihat.
Penulis dengan nama pena Haira, berasal daripada Johor dan menetap di Selangor dalam merogol kehidupan dengan pengajian Diploma. Puisi-puisi yang ditulis disebarkan melalui digital zine yang diberi nama Harakah. Aktif menulis di laman instagram @pelacurteruna.
Comments