top of page
Search

Puisi | Aina Maisarah

Oct 10, 2023
1 min read

Menunggu waktu itu

Jangan pernah bimbang teman

sekalah air mata yang tumpah

sudahlah dengan gelisah dan gundah

​

kerna sedih kamu itu

pasti akan berakhir nantinya

luka kamu itu

pasti akan sembuh hendaknya

​

yang kamu perlu lakukan sementara menunggu waktu itu tiba

adalah menerima dan redha dengan sepenuh jiwa raga

juga belajar buka hati yang terluka itu

agar tetap utuh mesti sudah pecah ribuan kalinya

​

percayalah, kamu sebenarnya kuat.

​

Ujian

Ujian datang untuk buat kau lebih matang

​

Sabar

Hey, sabar sahaja

nanti Tuhan akan gantikan kesunyian kamu itu

dengan teman yang takkan pernah lagi tinggal kamu sendirian

​

nanti Tuhan akan gantikan tangisan kamu itu

dengan senyuman manis yang tiada perhentian

​

Kiriman dari langit

Kadang sang udara mengirimkan pawana yang menenangkan

Kadang sang langit mengirimkan bintang yang berkelipan

​

Namun apa sahaja yang langit kirimkan buat semesta

Aku tetap akan menerimanya dengan setulus jiwa

​

Kerana apa sahaja yang ada pada langit

Adalah anugerah terindah

Yang Tuhan haidahkan buat manusia

​

​

​

Aina Maisarah

 
 
 

Comments


bottom of page