top of page
Search

KAJIAN KANAK-KANAK MARGINAL: HAK BERMAIN & CHILD FRIENDLY SPACE DI SABAH, MALAYSIA

SANDAKAN, SABAH: Kelab Alumni Cahaya- organisasi yang dibangunkan oleh bekas pelajar Pusat Pembelajaran Cahaya sejak 2022- telah menjalankan kajian pemetaan dan pendataan ke atas 30 pelajar Projek Iskul; projek pendidikan dengan pendekatan Edu-play menerusi Child Friendly Space.


Kajian ini adalah bagi memahami cabaran akses kepada pendidikan, nutrisi dan ruang selamat. Dapatan menarik daripada Kelab Alumni Cahaya daripada kajian yang dijalankan sejak Mac 2025 itu menunjukkan 100% daripada responden dalam kalangan penjaga pelajar Projek Iskul bersetuju bahawa pendidikan adalah hal penting. Ini kelihatan apabila mereka tetap memastikan anak-anak sekurang-kurangnya mendapatkan literasi agama (kelas mengaji al quran) meskipun masih tidak boleh mendapatkan pendidikan formal di sekolah.


ree

"Etnik Bajau/Suluk antara etnik yang bergaul dengan kehidupan beragama. Sebab itu mereka memberikan pendidikan asas agama kepada anak-anak diawal usia" menurut Radzmil, pengkaji lapangan.


Kajian Komuniti ini merupakan perkakas utama Cahaya Society dalam memastikan advokasi pendidikan yang lebih berimpak menerusi penelitian data, pemerhatian lapangan dan interaksi secara langsung bersama komuniti.


"Selalunya, kalau kami diorang (anak-anak Projek Iskul) nampak kami sampai, terus diorang peluk kami dan tolong bawa mainan. Semangat diorang" menurut Shera, pengkaji lapangan. Projek Iskul yang sudah memasuki siri ke-53 itu adalah aktiviti mingguan yang sudah dibuat sejak tahun 2023 secara konsisten. Selain aktiviti kebersihan seperti berus gigi, mereka juga melakukan permainan teater, kelas literasi dan bikin kraf.


Kajian Komuniti Iskul adalah bagi membangunkan percaya, setiakawan sekaligus memerhatikan model dan bentuk Child Friendly Space yang lebih berimpak pada masa akan datang. Kelab Alumni Cahaya antara organisasi yang dedikasi dan komitmen membangunkan komuniti memandangkan mereka turut datang daripada komuniti yang sama.

ree

"Ini masanya kami berbakti. Kami pernah begini (tidak bersekolah), jadi kami harap satu hari nanti, mungkin diorang (anak-anak Projek Iskul) yang gerakkan sendiri CFS diorang" sambung Adzhar, pengkaji lapangan.


Webinar pembentangan itu turut dirasmi dan diulas oleh Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur iaitu Puan Jameyyah Sherif.


Menambah ulasan, beliau turut menyebut bahawa kanak-kanak dalam negara ini wajib dilindungi. "Ini kerana hak kanak-kanak untuk dilindungi dijamin dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak serta akta kanak-kanak 2001"


Webinar yang dipengerusikan oleh Cik. Fatimah ini merupakan kemuncak kepada kajian. Segala dapatan dan diskusi dipaparkan secara umum untuk kegunaan masyarakat secara umum sekaligus rekomendasi kepada komuniti, NGO dan kerajaan.

 
 
 

Comments


bottom of page