top of page
Search

Menemukan Kasih Di Opak

Hai, aku Kasih. Aku mau cerita pengalamanku ikut Opak Youth Camp 2024 di Pulau Opak Kecil, Sandakan. Aku, Kelab Alumni Cahaya, guru-guru kami dan sukarelawan bergerak dari Kg. Bahagia sekitar jam 8 pagi dan kami sampai di Pulau Opak Kecil sekitar jam 9 pagi. Selepas sampai di sana, kami terus berjumpa dengan pelajar-pelajar Pusat Alternatif Opak Lestari. Selepas itu, kami belajar dan mengajar Asas Ikatan Tali seperti ikatan Simpul Manuk, Bunga Geti, dan Buku Sila. Tujuan belajar ikatan ini adalah untuk tahu cara ikat perahu, sambung jemuran guna tali dan banyak lagi.

Selepas rehat solat dan makan, kami teruskan lagi aktiviti kedua iaitu Ikhtiar Hidup. Kami tunjuk peta Pulau Opak Kecil untuk tujuan supaya mereka tahu sekeliling tempat tinggal mereka dan mereka boleh tahu tempat selamat dan tidak selamat untuk bermain dan beriadah. Pada sebelah petangnya, kami mendaki bukit Opak Kecil untuk membuat Bengkel Ukulele, Teater Game dan mengajar lagu Laut Opak Saya. Kami juga melihat sunset yang sangat cantik. Selepas itu, kami makan malam bersama-sama sebelum menonton Tayang Wayang iaitu filem Jambatan Pensil berkaitan perjuangan pendidikan.


Pada hari kedua, kami sekali lagi naik ke bukit Opak Kecil untuk melihat sunrise. Sangat cantik! Selepas membersihkan diri, kami membantu sukarelawan kesihatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada komuniti Opak Lestari sebelum meneruskan perjalanan pulang ke bandar sekitar pukul 10 pagi. Aku sangat gembira dan belajar banyak dari program ini!


Terima kasih Opak, jumpa lagi, magsukul!





*Karya perkongsian Kasih Micheal, 11 tahun. Alumni di Pusat Pembelajaran Cahaya dan penggerak Kelab Alumni Cahaya 2024.



33 views0 comments

Comments


bottom of page