top of page
Search

LFA2024: Bersukan & Berkawan!



SANDAKAN, SABAH: Liga Futsal Alternatif (LFA) 2024 adalah pertandingan futsal anjuran Cahaya Society bagi tahun ketiga sejak 2021 pada 18 Mei 2024 di Sandakan Futsal.


LFA adalah acara tahunan menghimpunkan bakat-bakat daripada anak-anak Pusat Pembelajaran Alternatif dan komuniti. Menerusi ruang pendidikan alternatif yang dibangunkan oleh komuniti, kita membuka ruang untuk anak-anak menampilkan kebolehan dan potensi mereka dalam sukan sepak bola futsal.


Tahun 2024, menyaksikan pertempuran lapan pasukan yang terdiri daripada Cahaya FC (Pusat Pembalajaran Cahaya), Cita Budi FT (Pusat Pembelajaran Cita Budi), Teratak Ilmu FT (Pusat Pembelajaran Teratak Ilmu), ABRS (Akademi Bola Sepak Remaja Sandakan), Garuda FT (CLC Kuari 3, Indonesia), Wawasan FC (Sekolah Agama Sri Wawasan), Ikhlas Bakti FC (SRI Ikhlas Bakti) dan Sekolah Alternatif Semporna.


Acara ini mengangkat tema "bersukan & berkawan" sebagai kempen pendidikan untuk semua yang dianuti oleh Cahaya Society sebagai penganjur utama.


Matlamat utama kita adalah membawa agenda pendidikan dan kebersamaan dalam kalangan anak-anak, komuniti dan masyarakat.


Terima kasih kepada semua yang menaja, menyokong, kru, AJK, para pengurus pasukan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan LFA2024.


Semoga kita semua terus utuh di atas jalan pendidikan.


Jumpa lagi di LFA2025!

32 views0 comments

Comments


bottom of page