top of page
Search

Malcolm X: Kulit Hitam Pemberani

Malcolm X atau El Hajj Malik Asy Syabaz ialah seorang tokoh dalam tamadun manusia berkulit hitam di dunia, X ialah mualaf, X seorang yang kuat mempertahankan hak manusia berkulit hitam di Amerika Syarikat ketika zaman Apartheid, X seorang nasio- nalisma yang percaya bahawa negara dan bangsa lebih utama dan tinggi.

Apa idea X?

Idea X ialah membela orang berkulit hitam menggunakan cara agama. Ketika kematian Presiden Kennedy, X mengkritik Presiden Kennedy.

Apa perjuangan X?

1. Bersama Nation Of Islam (NOI)

2. Sepasukan dengan Muhammad Ali

3. Membentuk gerakan rakyat ketika dia tidak lagi bersama Nation Of Islam (NOI).


Apa itu Nation Of Islam? Nation Of Islam ialah satu gerakan yang memerdekakan orang berkulit hitam/Afrika-Amerika. Nation Of Islam ditubuhkan pada tahun 1930 dan diasaskan oleh Wallace Fard Muhammad. Pada tahun 1934 Wallace Fard Muhammad menghilang entah kemana dam diganti oleh Elijah Muhammad sehingga akhir hayatnya pada tahun 1975, dan digantikan pula oleh anaknya Warith Deen Mohammed sehingga ke tahun 1977, kerana Louis Farrakhan menolak kepimpinannya, sebab Warith Deen Mohammed menukar idea asal Nation Of Islam ke gerakan Islam Sunni.

Apa matlamat asal Nation Of Islam?

1. Memperbaiki rohani

2. Mental

3. Sosial

4. Ekonomi rakyat Afrika-Amerika.

Dan ada yang mengatakan bahawa Nation Of Islam gerakan syiah kerana pemimpin mereka Elijah Muhammad mengaku kononnya "Massenger of Allah." Dan para pengkritik melabelkan mereka sebagai sebagai ketuanan hitam dan antisemitik.

Apa sumbangan X?

1. Membebaskan pemikiran kolot orang kulit hitam

2. Menjadi pemimpin utama gerakan islam kulit hitam

3. Muslim yang membawa idea pembebasan

Sejarah nama X?

Setelah dilepaskan dari penjara pada 1952, Malcolm berjumpa dengan Elijah Muhammad di Chicago. Di situlah dia menerima tanda X yang dilihat untuk menidakkan nama keluarga yang sedia ada, menurut autobiografi beliau, nama keluarga orang kulit hitam yang ada sebenarnya diberikan mengikuti tuan- tuan hamba yang memiliki leluhur mereka pada zaman dahulu sambil memutuskan pertalian asal hamba abdi didagangkan tersebut.


Siapa bunuh X?

1. Ada yang mengatakan FBI yang membunuh di rumahnya

2. Ada juga yang mengatakan ahli- ahli Nation Of Islam yang bunuh. Kerana dia keluar dari Nation Of Islam.

3. Siapakah yang bunuh X?

4. Adakah FBI yang bunuh atau Nation Of Islam?

Satu Qoute X yang aku suka "Jika anda tidak pernah dikritik, anda akan jadi seperti orang yang tidak pernah berjaya."

Maklumat Penulis: Radzmil Angking adalah salah seorang Alumni Cahaya. Selain meminati seni bela diri, beliau juga aktif menonton siri drama, animasi dan turut terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan sekaligus Guru Komuniti di Cahaya Learning Centre.

2 views0 comments

Comments


bottom of page