top of page
Search

Interbiu Band: The Endless

Halu Semua, The Endless ni salah satu band local Sabah di Sandakan juga. Aku dengar diorang ni pengaruh band- band 2000' an. WOW! Jadi tiada banyak cakap. Bah, mari kenal durang.



Bruh, Siapa line up asal band The Endless ni ah? (dan yang terkini punya line up jugak)


J: hello bro, okay line up asal pada mula pertubuhan The Endless:

Mizi - Vokal

Raihan - Gitar

Fendi - Bass

Megu - Drum


Bertukar sebab Fendi kerja d KL, jadi kami panggil pengganti:

Mizi - Vokal

Raihan - Gitar

Sapek - Bass

Bijan - 2nd gitar

Megu - Drum


Mizi tarik diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Line up sekarang :


Sapek - Vocal dan Bass

Raihan - Gitar

Bijan - 2nd gitar

Megu - Drum


Cerita bah ringkas sejarah terciptanya The Endless ni.


J: Okay, sejarah The Endless ni aaa aku pun ingat2 lupa tapi aku cuba cerita la secara ringkas. Macam biasala kami ni just jamming2 biasa dalam sekitar tahun 2021 sbb masa tu studio aku pun baru buka. Jadi suka2 la nak test2 sound kn. Masa tu ipar aku Raihan ajak Mizy dan Fendi utk jamming jd aku pun ikut jela. Jamming la lagu mcm blink182,sum41,my chemical romance apa suma tu. Tercetus idea untuk buat lagu sendiri jadi c Mizy la yang atur lagu dia bt lirik. Tapak melody apa suma sama2 bikin. Okay siap lagu. Nama band pula nak letak apa. Fikir punya fikir dapat la nama The Endless. Hahaha.



Aku dengar baru- baru ni kamurang ada keluarkan EP, betulkah tu?. Atau durang tipu syak (hehehe main- main seja ah).


J: Hahahaha.. betul. Kami ada release EP berjudul Reveur. Mengumpulkan 5 lagu sendiri dan 1 lagu band project terdiri dari kami juga 'Portal Impact'. Reveur ni perkataan dari bahasa Perancis bermaksud 'mimpi'. Memandangkan lagu kami mostly berkenaan dengan penceritaan yang bercirikan mimpi,impian,pencapaian jadi tajuk EP itulah yang paling sesuai la untuk diletakkan. Lirik semua dihasilkan oleh ex vokalist kami Mizy, kecuali lagu What I Dream Of oleh Sapek dan Salsuri oleh Bie Moslem. Arrangement muzik semua daripada line up The Endless sendiri. Record,mixing dan mastering semua di Don's Legacy Valley Studio Sandakan. Design pula kami import sepupu dari Kedah untuk tolong buat design. Dari Ilusikanvas. Menggunakan konsep photomanipulation. Aku pun xtau apa tu. Hahaha. Tapi hasil cover memang mantap.


Kamu ada materialkah (CD, Merchandise etc)? Di mana orang boleh check it out?


J: Sebenarnya plan asal mau keluar EP dalam bentuk fizikal. Tapi ada sedikit masalah dalaman yang kami hadapi semasa process persiapan EP makanya kami terpaksa dengan rela untuk release secara digital sahaja. Ada beberapa platform digital yang korg boleh check out untuk dengar full EP kami. Spotify,Itunes,Joox,Youtube Music. Search jak The Endless Reveur keluar la tu hahahaha..



Kenapa kamu terpengaruh daripada band- band 2000' an ni? Kongsi sikit.


J: Memang kami punya vokalist asal minat betul dengan sound2 2000'an pya band mcm Silverstein,My Chemical Romance,All Time Low dan sebagainya la. Elemen2 ni kami gabungkan sedikit untuk bikin lagu The Endless. Memandangkan vibe2 ni kalau kita dgr akan memberi kesan nostalgia kpd pendengar era 2000 dl kn. Jd syiok kalau dgr. Hahaha


Kenapa kamurang kasi nama band ni The Endless? Mungkin ada maksud yang "deep" disebalik nama itu kah?


J: The Endless ni idea dari first line up la masa tu mcm2 idea la keluar dari mulut masing2. The Endless ni pun tiba2 rasa mcm best plak sebut. Lgpn maksud nya yang lebih memberi kepada tiada pengakhiran atau tiada kesudahan. Rasanya nama ni dapat memberi impact kepada genre yang kami bawa kan.


Bila kamurang start main gig ah? Cuba share sikit.


J: Sebenarnya band kmi ni baru sgt. Jadi first gig tu nda silap di Kota Belud, Event Kustom Beach Party. Walaupun first show tp supporters time tu mmg sgt2 menakjubkan. Masa ni kami bawa lagu sendiri lepas tu cover lagu. Ramai yang sing a long n time dah abis diorg request lagi lagu. Pening kami. Hahahaha..


Aku dengar orang bilang genre band kamu ni Pop- Punk/Post- Hardcore betulkah tu? Cerita sikit.


J: owhh yaa, sebenarnya line up kami ni dari genre yang berasingan mcm Raihan Brit-pop/Rock English, Megu Punk/Skatepunk,Sapek Easycore iaitu blend Pop Punk dengan Metalcore, Bijan J-Rock/Power Metal , oleh sebab kami masih kecelaruan identiti band sendiri, kami memutuskan genre sebagai pop punk / post hardcore oleh kerana muzik yang kami bawakan lebih kearah pop punk era 2000. Dan sedikit elemen2 screamo dan breakdown ala2 post hardcore. So next plan utk Lagu baru pun maybe kami akan stay genre yang sama mybe ada sedikit perubahan dr segi melody dan arrangement muzik.


Apa plan The Endless tahun 2024?


J: Plan untuk seterusnya ni banyak dalam fikiran ni hahaha. Kalau diberi kekuatan kesihatan yang baik insyaallah kami akan terus berkarya untuk hasilkan material baru. On progress ada 2,3 lagu mau record. Dalam perancangan juga ada plan mau bt tour seluruh Malaysia. Masih dalam peringkat perbincangan antara organizer yang sudi bawa The Endless untuk tour.


Ok, Soalan last. Ada sedikit pepatah untuk orang di luar sana?


J: okay sebelum itu kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Cahaya Soceity kerana memberi ruang kepada kami utk sesi interview pada kali ini. Satu platform yang sgt bagus untuk explore band2 underground terutamannya di Sandakan. Kita perlukan platform2 seperti ini utk menggerakkan industri muzik indiependant. thumb up guys!



Pesanan ringkas la, teruskan berkarya, jangan malu untuk kedepan, jika ada kemahuan disitu ada jalan. Kembangkan idea idea melalui seni muzik. Support antara kita semua. Scene akan terus kekal dan sentiasa berkembang maju.


--


(Interbiu ini adalah daripada saudara Mukti Hassan dan tidak semestinya mencerminkan pendapat pihak Arkib Cahaya)

115 views0 comments

Comentarios


bottom of page