top of page
Search

Interbiu Band: Perpetual

Halu pembaca, Perpetual ni salah satu band local Sabah, Borneo. Band Grindcore yang legend juga di Sandakan. Bah, mari kenal durang.



Bruh, Siapa line up asal band Perpetual ni ah? (dan yang terkini punya line up jugak)


J: Assalamaualaikum, Salam Perpaduan & Salam Sejahtera buat semua sidang pembaca Arkib Cahaya (ayat formal haha). Grinding thanx buat bro Mukti of Arkib Cahaya untuk sesi temubual kali ini. So, lets start the blast session, Perpetual adalah sebuah band bergenrekan Grindcore yang ditubuhkan pada 1995 oleh sekumpulan anak-anak muda yang fanatic fans kepada Napalm Death, Carcass, Terrorizer, Brutal Truth, Sepultura, Metallica bla..blaa bertempat di Taman Merpati, Sandakan. Lineup terawal ialah aku (Zam) Bass, Zull (Drums), Ian (Guitars) dan Rony (Vocal). Lineup ini berjaya menghasilkan Reh/Demo 1st Perpetual pada tahun 1996 bertajuk ‘Protector Of The Truth’ yang diriliskan total DIY oleh Perpetual. Self Recording, tape dubbing, Self Release with cut and paste plus photostate cover. Total Underground DIY In Your Face!


Bergerak sebagai sebuah band yang komited dan produktif dalam Underground scene yang penuh pancaroba, dengan bermain banyak gig dan meriliskan material sendiri, maka pertukaran lineup juga berlaku. Pada tahun 1997 kami bergerak as 2 piece band (Zam & Zull), dan sempat meriliskan Promo Tape Perpetual 1997, sebelum Rozai mengisi posisi Vocal sehingga tahun 1998. Selanjutnya pada tahun 1999, Pijal telah menggalas posisi vocalist untuk memperkuatkan angkatan tempur sehingga rilisnya Demo Tape 1999 bertajuk ’Mental Depression’ juga melalui self release di bawah label kami sendiri ’Grind Combat Production’. Lineup ketika itu ialah Zam (Guitar+Bass), Zull (Drums+Vocal) dan Pijal (Vocal).


Bagi melengkapkan barisan lineup Perpetual, Nasir telah direkrut bagi menggalas posisi Bass. Barisan lineup yang terbentuk ialah Zam (Guitars), Zull (Drums), Pijal (Vocals) dan Nasir (Bass). Ketumbukan lineup ini berjaya dalam menjayakan pelbagai misi untuk meriliskan material Perpetual dalam bentuk Split Tape, Split CD, Full Lenght Album, EP dan kompillasi (Sila rujuk senarai Discography Perpetual melalui Page berikut : https://www.metalarchives.com/bands/Perpetual/3540328058


Barisan lineup ini turut menjayakan persembahan Gig dalam skala keciil dan besar antaranya gig ’Choice Of A New Generation’ pada tahun 2002 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu yang berjaya menghimpunkan lebih 5000 ribu crowd. Gig Underground paling hebat pernah dijayakan untuk UG Scene Sabah. Sesiapa yang sempat hadir gig tersebut pasti masih terbayang bayang aura dan fenomena the spirits of unite as one scene ketika itu.


Perpetual terus melebarkan sayap dan memperbanyakkan jaringan/links dalam dan luar negara seperti negara2 Asia, United State, Australia/New Zealand, Europe, Amerika Latin dan negara2 yang mempunyai jaringan Extreme Music Scene terutamanya Grindcore/Brutal Death Metal, Old School Thrash/Death, Crustcore, Punk/Hardcore. Perpetual juga bergerak aktif dengan bermain dalam banyak gig/show disamping meriliskan material sendiri. Lineup ini bertahan sehingga munculnya album pertama Perpetual dengan tajuk ’Grind Your Mind’ pada tahun 2013’ dengan bantuan rakan2 dari dalam dan luar negara dibawah label ’The Noise Production’ (own label).


Posisi Nasir sebagai guitarist kemudiannya digalas oleh Endeng untuk membantu Perpetual menjayakan pelbagai gig/show termasuklah siri Tour yang dapat dijayakan di beberapa negeri diluar Sabah seperti WP Labuan, Sarawak termasuk di Semenanjung Malaysia (antaranya Kuala Lumpur, Penang, Melaka dan Johor) dan turut sukses mengadakan Tour luar negara di Batam, Indonesia dan Singapore. Perpetual juga menambahkan senarai dalam diskografi dengan material antaranya ’Grind Squad Terror’ EP pada 2019 dan ’Gaskmask Terrorizer’ EP pada 2021. Perpetual kemudiannya menjadi 3 piece band dengan lineup Zam(Bass+Vocal), Zull (Drums+Vocal) dan Endeng (Guitars+Vocal) dan lineup ini berjaya meriliskan album kedua Perpetual bertajuk ’What A Cruel World’ pada tahun 2023.


Lineup terkini Perpetual (2023) ialah Zam(Bass+Vocal), Zull (Drums+Vocal) dan Endeng (Guitars+Vocal).


Cuba share sikit beza buat ep dulu dan sekarang.


J: Proses pembuatan/release bukan saja EP malah LP (album) dan format rilisan yang lain spt Demo etc..pada masa dulu (tahun 90an) dan sekarang memang ketara perbezaannya. Perbezaan ini meliputi 3 process iaitu Recording Process, Pressing Process dan Promotion & Marketing. Ini merujuk kepada local scene kita di Sandakan lah ok. This is your/my scene yeahh.


Recording Process : Mengikut pengalaman Perpetual, kalau dahulu (tahun 90an) Recording Process totally DIY. Material pertama Perpetual Reh/Tape ‘Protector Of The Truth’ 1996 dan Promo Tape 1997 direkod mengunakan method Live Recording - Self Cassette Record menggunakan Radio yang ada cassette recorder seperti Mini Compo @ Hi Fi. Band bermain secara Live dan audio dirakam menggunakan cassette recording pada Radio/Mini Compo. Start & Record. Sound memang Raw la mengikut pada setting sound/backline yang kamu buat hahaha. Tiada sesi Mixing & Mastering bro. Gadget paling win masa itu Boss HM2 dan Boss MT2 Metal Zone. Tiada lagi Multi Effect guitar yang canggih manggih hahha.


Kemudian semasa merakamkan Demo Tape ’Mental Depression’ 1999, Perpetual membuat rakaman menggunakan peralatan Multi-Tracker (Cassette) dengan hanya 4@5 track channel saja. Masih menggunakan method Live Recording dan bukan Track By Track Recording. Cuma sound hasil recording kali ini sedikit baik dan improvized. Sesi Mixing adalah secara analog. Tiada penggunaan computer software.


Seterusnya, sesi recording pada masa kini memang sangat Upgrade lah. Modern & Improvised. More into Digitalization. Sesi rakaman methodnya Track By Track recording. Setiap part record separately. Drums, Guitar, Bass dan Vocals dirakam track by track, guna Click atau Metronome bossku yeahh. Ianya menggunakan Computer Software untuk recording, mixing dan mastering. Hasil/outputs sound juga sangat superb mengikut kepakaran dan skills sound engineer.

Kemudian berkenaan Pressing Process. Kalau dahulu memang totally DIY method. Materials bands akan diriliskan kebanyakkan dalam format cassette. Hasil live recording akan ada Master Tape. Kemudian untuk menghasilkan perlu melalui proses Cassette Dubbing. Kita perlu ada Radio/Hi Fi Double Deck untuk buat proses dubbing. Perpetual dulu dubbing tape guna Hi Fi Aiwa bapak aku, kemudian rosak sebab selalu Stop & Start tu button hahaha..Kemudian ganti Hi Fi Sony. Betul2 ada sentimental value dan full of crazy effort bro. Siap Dubbing Cassette, kita siapkan pula cover cassette.


Bahh..ini proses mencabar juga. Sebab dulu tahun 90an kami mana ada Komputer/PC/Laptop dan Printer glossy yang canggih. Mesin taip old school itulah yang berjasa. Method masa tu..Taip, Cut & Paste dan Fotostat. Total DIY mengikut kreativiti kita. Kedai2 Fotostat/Photocopy di Bangunan Menara MPS itu sangat2lah berjasa dan banyak memori pahit manis kami di sana hahaha (Kalau mau cerita dari petang sampai subuh memang ndak habis bro hahaha).

Namun sekarang, semua sudah Mudah aka Easy! Pressing Cassette & CD sudah sangat mudah. Ada duit semua jadi. Semua boleh pressing di kilang untuk casette atau CD Replication. Terpulangs ama kita mau pressing Pro CD atau Pro CDR. Cuma kualiti saja berbeza mengikut harga yang kita deal sama kilang pressing. Begitu juga dengan printing Cover Cassette dan CD. Semua sudah mudah. Modernized. Editing dan printing process semua mudah guna PC/Laptop, Software sehinggalah process printing. Terpulang kepada bands mau printing ikut kemampuan bajet dan sebagainya. Mau printing colurfull glossy dan sebagainya. Budak2 scene sekarang banyak yang terrer dlm proses edit mengedit artwork dan cover ni.


Selanjutnya proses terakhir iaitu Promotion & Marketing process. Senario ketika zaman 90an, aktiviti Surat Menyurat atau Snail Mail Sangat..sangat penting. Itulah Era Underground yang sebenarnya. Band dan materials band tidak akan pergi ke mana-mana jika kita tiada Contact/Snail Mail. Kalau dulu bukan saja band malah Zine dan Distro/Mailorder perlu rajin Contact/Snail Mail untuk Promotion. Perlu sediakan Flyers! No Snail Mail, No Flyers..Total Gagal! Istilah dulu Surat Menyurat/Snail Mail tanpa kau selit kepingan Flyers itu ibarat kau Order Bakso tapi tiada bebola daging dan lada kicapnya (aduii bah craving terus Bakso Mas Terminal sama air kelapa).


Boleh kata, Pejabat Pos itu ibarat rumah kedua bagi old Underground scenester. Muka posmen pun suda kita kenal, posmen pun belaa balik2 surat mu saja aku terima/hantar katanya hahaha. Life kami dulu bergelumang dengan sampul surat, setem, wang pos dan alamat contact penpal kita serata alam. Bilik tidur penuh semak dengan stuff, flyers dan musical/scene stuffs.

Era dulu2, scenester dan kontak surat menyurat itu berpisah tiada. Mau promote bands/zines kena bersurat, mau order stuff juga kena bersurat. Belum ada lagi Online Order, Online Transfer masa tu bosku . Tapi wa cakap sama lu..the power of Snail Mail/Contact is Totally grinding rules! Jaringan/links Underground pada masa tu sangat Power & Effective! Siapa sangka Perpetual punya flyers utk Reh/Tape sampai serata Asia, ke Russia/Europe, South Africa, America Latin. Atas sebab itu Perpetual ada good contact dengan budak2 scene sebelah sana sehingga ke era millenium ini.


So, sekarang semua mudah dihujung jari. Kalian pun tau kan.. Internet Booms! Power of Sosmed. Mau ulas panjang kalian lebih arif pasal Sosmed ni.


Kenapa kamurang kasi nama band ni Perpetual? Mungkin ada maksud yang "deep" disebalik nama itu kah?

J: Perpetual..dalam kamus, jika diterjemah ke BM bermaksud Berkekalan..Berterusan. Deep meaning..Tahun 2023 genap 28 tahun Perpetual dalam scene. Kami berhajat selagi hayat dikandung badan, Perpetual akan terus kekal, bukan saja dalam scene tetapi kekal sebagai sebuah band Underground/Independent Grindcore yang terus aktif dalam protect our scene, promote and motivate our scene. Terutama new bloods bands/scenester yang akan menjadi penerus kepada scene

Sandakan yang kami dan rakan2 lama telah perjuangkan dan pertahankan selama ini. Kalau tiada yang lama, maka tiada yang baru. Kalau tiada yang baru, maka tiadalah penerus legasi.

Kamu ada materialkah (CD, merchandise etc)? Di mana orang boleh check it out?

J: Big thanx kpd semua yang selama ini support membeli merchandises Perpetual. Ianya sangat membantu untuk bajet demi kelangsungan Perpetual (kos jamming session, recording, pressing cd/tape/vinysl, printing tshirt & gig/tour)


Kalian boleh dapatkan Physical materials Perpetual melalui saya, lineup lain (Zull & Endeng). Boleh check out Perpetual merchandises melalui link bandcamp berikut:


Dalam banyak-banyak lagu, apa 1 lagu yang kamu mau orang dengar betul lagu kamu tu. Dan kenapa orang tu kena dengar?

J: Secara jujur, aku dan lineup menyukai semua songs yang pernah kami record dan riliskan. Sebabnya semua lagu tersebut ada precious values untuk musical composition & lyrical messages. Lyrics Perpetual banyak berkisar tentang Human & Global issues. Peperangan, Konspirasi, Hiporkrasi, Social, Political, Pandemic & Environmental issues. Bersesuaian dengan situasi yang berlaku di Gaza Palestine ketika ini, maka saya cadangkan anda dengarkan lagu Single terbaru Perpetual ’Siege In Suffer’. Zionism & Nazism is Same Shit ideologies ever created by the filthy human being!



Cuba Cadangkan nama- nama band Grindcore di Malaysia & di Sabah. Dan kenapa?

J: Malaysia sebenarnya mempunyai barisan band2 Grindcore yang hebat dan disegani oleh scene dalam dan luar negara. Antara band2 tersebut ialah Infectious Maggots (The legendary), Slum Scum, Social Infection, Negation, Torture Incident, Rengkong Terkeluarq, Damokis, Sickness, Parkinson, Tussock, Vicious Azael, Tools Of Trade, Compulsion To Kill, Goresluts, Punah Ranah dan banyak lagi samada yang sudah RIP atau masih aktif.


Untuk Sabah scene. Sebenarnya selain Perpetual terdapat banyak juga band2 Grindcore yang pernah wujud dan masih aktif antaranya yg perlu diambil tahu ialah Neurosis (RIP.band Grindcore terawal di Sabah dari Beaufort/Membakut), Blind Confused (band seperjuangan dari Lahad Datu), Scumback (Kota Kinabalu Grinders), Chronical Apes(Sandakan Crust/Grind) Apparagonis (Kota Kinabalu Grind), Face Of Decay (Keningau Grindcore squad), Muntah Darah (Kota Kinabalu, tak pasti masih aktif@tidak), Agonized (another Sandakan Grindcore squad), Reactorizer (Lahad Datu Grindcore army) dan tak lupa Grindfest (2nd band aku dan Zull. Ditubuhkan pd 1997 dan pernah riliskan Demo pd 1997 dan 1998).


Apa pandangan kamu pasal Music Underground sekarang dan Music Underground dulu. Atau tiada juga bezanya hihihi?


J: The fact..faktanya memang ada perbezaan Movement UG music dulu dengan sekarang. Fakta yang jelas seperti jawapan aku pada soalan No.3 itu. Namun apa pun perbezaannya..spirits of DIY Underground dan Unite itu perlu dikekalkan.



Kamurang ni kan band otai, tour pun banyak. Adakah tour yang kamu ndak bulih lupakan. Cuba ceritakan?

J: Otai kah haahaha..Gelaran Otai itu boleh mewujudkan 2 persepsi. Pertama orang akan respect dan ambil kau sebagai motivation untuk terus maju dan aktif ke hadapan. Kedua, ada orang terutama BBNU akan label kau sebagai Elitist yang tidak mau campur dan pandang budak2 baru scene. Persepsi no 2 ini salah dan kasi buang laut saja haha. Jadi bagi aku, kalau mau kenal Perpetual boleh bah kita stay2 kopi sebab abam2 Perpetual ni walau muzik extreme tapi sebenarnya adalah abang dan bapa yang loving & caring hahaha.


Tour dalam Malaysia semua best. Banyak dpt menimba pengalaman, dapat jumpa kawan lama dan baru. Tour di Indonesia dan Singapore juga best sebab dapat perform dengan band2 idola seperti Demisor dan aura crowd2 supportive yang totally extreme music grind maniacs.


Apa plan Perpetual tahun 2024?


J: InshaAllah tahun 2024 akan datang, Perpetual akan terus meriliskan material2 baru dalam pelbagai formats. Juga ada plan untuk tour dalam dan luar negara. Doakan semoga plan akan suskes dan dipermudahkan. More info coming soon bro!


Ok, soalan last. Pesan sikit sepatah dua patah untuk orang di luar sana

J: Mega ultra grinding thanks buat bro Mukti dari Arkib Cahaya kerana sudi menemubual dan menghadap celoteh panjang ku ini hahaha. This Is You/My Scene. Keep supporting each others, Respect each others & Be Unite each others ndak kisah apa genre kamu selagi mana ianya under one flag of Underground/Independent Music. Pesan saya juga, yang Otai jangan tambirang, Pandang2 juga ke bawah. Yang budak2 baru jangan bantingal kalau kena nasihat dan bagi teguran membina.


Nescaya kamu akan jadi tahan tukul dan tahan banting mcm Perpetual huahahahaa (katawa begulik gulik sambil moshing circle pit).


Peace be upon you. Hail & Cheers !!!

PERPETUAL CONTACT & INFO

Facebook: https://www.facebook.com/zamodox/

Bandcamp: https://perpetualgc.bandcamp.com


(Tulisan ini adalah tulisan saudara Mukti Hassan dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya)

163 views0 comments

Comments


bottom of page