top of page
Search

Dari Stateless Untuk Anwar Ibrahim oleh Zainab

Malaysia adalah tempat aku dilahirkan namun kenapa aku dibilang(1) stateless? (tanpa negara) sedangkan aku lahir di Malaysia yang mempunyai kewarganegaraan, hanya kerana orang tuaku pelarian, yang lari dari Filipina ke Malaysia kerana ada perperangan?


Namun pelarian itu orang tuaku, bukan aku. Aku dilahirkan di Malaysia dan aku berhak mendapat kewarganegaraan sebab dalam undang-undang Malaysia, sesiapa yang lahir di Malaysia, dia harus mendapatkan kewarganegaraan yang dipanggil(2) IC (Kad Pengenalan) sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Malaysia. Semua rakyat Malaysia harus mendapatkan kewarganegaraan.


Rakyat haruslah mematuhi segala peraturan/undang-undang Malaysia. Tidak kira rakyat biasa, polis, doktor mahupun perdana menteri, kita semuanya sama, bezanya kau ada jawatan atau tidak.


Namun perdana menteri diberikan tugas untuk melaksanakan dan mengurus mengikut undang-undang. Selalunya pemimpin tidak menguruskan negara dengan rasa tanggungjawab terhadap negara dan rakyat sebagai pemimpin, tidak memikirkan kesusahan rakyat. Pemimpin apakah ini? Sedangkan pernah menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan sumpah setia mereka sebagai pemimpin negara.


Dari dulu sampai sekarang masalah besar Malaysia adalah stateless, susah sangatkah stateless diberi kewarganegaraan?


Semoga di masa hadapan menjadi lebih kuat melawan ketidakadilan!


Jangan biarkan kau sendiri. Buat kawan, bikin kawan, cari kawan, pastikan kita semua bersatu dan melawan ketidakadilan barulah kuat dan semangat!



(Zainab, Kelab Alumni Cahaya)


Glosari

(1) dibilang> dikatakan

(2) dipanggil> disebut

18 views0 comments

Comments


bottom of page