top of page
Search

CAHAYA BUMI 2025: SOLIDARITI IBU BUMI


SANDAKAN, SABAH: Cahaya Society julung-julung kalinya merayakan Hari Bumi Sedunia 2025 menerusi Program Cahaya Bumi 2025 yang berkonsepkan Hari Terbuka (Open Day) untuk pelbagai aktiviti alam sekitar seperti pameran, pertandingan mewarna bumi, seni persembahan solidariti bumi, bengkel do-it-yourself, bengkel menanam dan banyak lagi.


"Kira-kira 70 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar Pusat Pembelajaran Cahaya, peserta Program Youth Socio-economic Project (YSP), pelajar Sekolah Sri Wawasan dan agensi-agensi yang terlibat…" menurut Tim atau Norfatimah Abd Halil selaku penyelaras Cahaya Bumi 2025.

Program yang menyasarkan pelajar-pelajar dan komuniti itu bertambah meriah apabila semua pengunjung turut terlibat dalam aktiviti Bikin Mural iaitu Laluan Cahaya Hijau dengan menghias, mendekorasi dan melukis rekaan berunsurkan alam dan bumi. Pameran-pameran yang informatif dan sarat hadiah turut memeriahkan acara sepanjang Cahaya Bumi pada 29 April 2025 yang bertempat di Pusat Komuniti Cahaya, Sandakan, Sabah.


"...kita turut berterima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dalam pameran serta perkongsian menerusi aktiviti Tik Talk iaitu Rainforest Discovery Centre (RDC) Sandakan, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Orang Utan Appeal UK, dan Bornean Sun Bear Conservation Centre" katanya lagi.


Cahaya Bumi turut menjadi keutamaan Cahaya Society dengan meminjam semangat Pendidikan Untuk Semua yang dikempenkan sejak tahun 2019 iaitu semua masyarakat hendaklah cakna dan peduli tentang alam sekitar, kesihatan bumi serta mengambil peranan dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan alam dan manusia dalam kehidupan bermasyarakat.


Cahaya Society menerusi perusahaan sosialnya iaitu Garaj Cahaya turut melancarkan Non Woven Bag yang mesra alam dengan rekaan Trash Less, Live More untuk kempen Say No To Plastic Bag dan tempahan pukal syarikat dan korporat di seluruh negara.

"Kami (Cahaya Society) berharap agar kita boleh sama-sama mengambil peranan dalam mengurangkan penggunaan plastik dan menggantikannya dengan yang lebih lestari dan kurang mudarat" sambung Tim, penyelaras Cahaya Bumi 2025


 
 
 

Commentaires


bottom of page