SANDAKAN, SABAH: Cahaya Society dengan kerjasama Kelab Alumni Cahaya menganjurkan aktiviti Bunga & Wanita iaitu agihan Bunga LilI dan buah tangan kepada para wanita di ruang awam dan dalam komuniti sebagai tanda penghargaan dan meraihkan Hari Wanita Sedunia 2025.
Bunga LilI adalah simbolik kekuaatan dan kelembutan wanita. Cahaya Society sentiasa percaya kepada peranan wanita dalam dinamika perubahan dalam masyarakat. Hari Wanita Sedunia pada tahun ini adalah bukti keutuhan perjuangan wanita dalam sejarah peradaban manusia.
Kita sentiasa percaya bahawa tiada wanita berhak didiskriminasi oleh sekumpulan manusia apatah lagi sebentuk sistem yang berwajah patriarki. Ini termasuklah wanita rentan dalam kalangan komuniti rentan di Sabah, Malaysia yang serba serbi terabai dari banyak hak asasi manusia. Malaysia sebagai negara yang memberi komitmen penuh dalam hak asasi manusia selaras dengan cogan juangnya; MADANI yang mengangkat nilai manusiawi hendaklah berusaha memastikan negara dan masyarakat menghormati letak duduk wanita dalam masyarakat dan negara.
Kepada semua wanita, ibu, kakak, mak cik dan anak gadis yang berjuang untuk nasib diri, keluarga dan masyarakatnya di luar sana; Selamat Hari Wanita Sedunia. Utuh!
Zainab,
Penyelaras
Program Bunga & Wanita
Comments