BELAJAR DARI ALAM & MANUSIA
- cahayasocietyorg
- Apr 17
- 1 min read

SANDAKAN, SABAH: Cahaya Society menganjurkan Program Pendidikan Alam & Manusia iaitu lawatan sambal belajar ke Rainforest Discovery Centre (RDC) Sandakan. Seramai 27 orang pelajar yang mengikuti Youth Socio-economic Project (YSP)- projek tajaan Allianz & Move Now- menjadi peserta dan terlibat dalam pelbagai aktiviti alam sekitar.
Antara aktiviti yang disusun dan dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan kakitangan RDC Sandakan; Shopping Game, Edu Walk dan taklimat alam sekitar dan peranan belia. Cahaya Society berbesar hati atas ruang dan peluang untuk membawa pelajar-pelajar meneroka, mengamati dan meninjau ruang awam dan elemen kelestarian sebagai salah satu input pendidikan mampan dan lestari.

Program ini turut bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada pendidikan alam sekitar, kesedaran kolektif tentang penjagaan ibu alam serta bentuk-bentuk pendidikan dengan pendekatan kreatif dalam menyampaikan pendidikan kelestarian alam.

Program yang berlangsung pada 16 April 2025 itu telah berjaya dilaksanakan atas sokongan penuh RDC Sandakan, sukarelawan dan guru komuniti.
Cahaya Society sebagai organisasi yang mendapat akreditasi daripada People Planet First sentiasa percaya kepada advokasi alam dan manusia sebagai tunjang utama dalam kerja komuniti dan pemberdayaan program pendidikan pada masa akan datang.
“PENDIDIKAN UNTUK SEMUA"
Comments