top of page
Search

Atuna Tufuli

Fragmen I


Mana Arab mana Muslim? Kami menunggu kehadiran kalian. Kami pegang kata-kata anda semua. Bukankah kita saudara? Dan, saudara telah berjanji untuk hancurkan Zionis. Ketika kami menulis cerita ini, tanah kami sedang terbakar. Hangus. Rentung. Anak-anak kami cedera parah. Ada yang mati dibunuh. Wanita tidak bersalah dipenjarakan. Hospital dibom. Zionis penipu. Mereka dah janji taknak letupkan hospital pada akhbar bertaikh 7 Ogos 2014. Tapi mereka memang tak berpegang pada janji. Itu sudah menjadi adat bangsa mereka. Zionis hati batu. Zionis tak boleh dipercayai. Zionis lintah darat. Mana Arab mana muslim? Ketika negara Islam lain membisu, negara dengan kuasa besar telah menghantar ketenteraan kepada Zionis. Jangan pelik kalau mereka kuat. Sebab di belakang mereka ada bantuan. Kami? Siapa lagi nak bantu selain anda semua?


Kami tidak mempunyai masa kecil. Masa kecil kami dihabiskan dengan trauma. Kesakitan. Jeritan. Tangisan. Melihat kematian. Tekanan. Ugutan. Paksaan. Rampasan. Kejahatan. Zionis begitu radikal melakukan jenayah terhadap tanah kami. Mana Arab Mana Muslim? Kami dikepung sekumpulan tentera Zionis lengkap bersenjata. Mereka melepaskan beberapa das tembakan. Beberapa dari kami syahid. Yang tersisa melarikan diri. Kami melihat rakan kami telah tidak bernyawa. Dan itu adalah kali terakhir kami melihatnya. Ayah, ibu, anak-anak kami…kesemuanya telah menghadap ilahi. Sakit. Hati kami sakit. Fizikal dan mental kami diragut dengan kezaliman yang dahsyat.


Kami lari. Entah ke mana. Tiada arah tuju. Ya, kami dan anda semua tak akan pernah sama. lihat saja pada anak-anak anda semua. Apabila kalian tanya siapakah hero anda semua, mereka jawab Batman, Superman, Ironman, Spiderman dan Ultraman. Tapi, di sini, kami tak kenal semua makhluk tu. Anak-anak kami mengidolakan siapa? Kalian tahu, mereka mengidolakan Hamas, Al-Qassam dan pejuang tanah yang sedang marak dibakar api Zionis ini. Mana Arab, Mana Muslim? Ketika ini mereka telah menemui kami. kami berdua menangis. Meronta-ronta supaya tidak ditangkap. Zionis melepaskan tembakan tepat ke dada seorang dari kami. Kini hanya saya. Saya menangis melihat rakan saya telah pergi buat salamanya menghadap ilahi. Syahid. Gugur fisabilillah. Mempertahankan tanah sendiri.


Saya kemudiannya dikepung. Disepak. Dipukul. Diludah. Dimaki. Dicaci. Dan hampir saja dibunuh. Mereka melepaskan dua das tembakan di kaki saya kemudian pergi entah ke mana. Mengkhianat. Sengaja mahu membiarkan saya tidak boleh berjalan selama-lamanya. Wahai Arab, Wahai Muslim, gambar-gambar yang kalian lihat di media sosial tentang kami yang sakit, mungkin telah tiada. Dan ketika kalian membaca cerita ini juga, berkemungkinan aku telah tiada. Dengan keadaan lumpuh, saya tidak boleh bergerak. Saya mengarang. Saya berjihad dengan mata pena. Esok dan esoknya, apabila membuka mata, hanya perkara sama saja berulang. Berita kematian saudara saya. tak, sebenarnya, saudara kita.


“Saat kami berhibur & kami bertanya

Tak adakah hiasan di hari raya?

Dunia

Tanahku terbakar

Kebebasan pun telah sirna

Tanah kecilku, seperti tubuhku

hadirkan damai

Di waktu kecilku

beri masa kecil kami

beri masa kecil kami

Hadirkan

hadirkanlah kedamaian”


Arab, Muslim, kalian memasang lagu ini. Kalian tahu kami sedang bersedih. Kalian tahu kami sedang merana. Tapi kami mahukan bantuan. Segera. Kami dah tak tahan. Kami memerlukan. Baiklah kalau kalian taknak dengar lagi. Biar kami melutut. Warga Palestin merayu, bantulah kami, jika tidak dengan tentera, dengan bantuan kemanusiaan, jika tidak, cukup kalian hadiahkan doa. Janganlah lagha. Masa kami diserang, kami juga aneh, mengapa ada sesetengah dari kalian menyokong Zionis. Kalau kalian nak cakap kami menyerang dulu. Bacalah sejarah. Bukankah Zionis telah merampas tanah kami? Jadi kami bertanggungjawab memperjuangkannya. Ini tanggungjawab kepada tanah terbakar kami.


Saya kemudiannya membuka mata dan selaras senapang diacukan ke kepala saya. adakah saya dalam pitam yang panjang? Saya hanya ingat Allah. Hati saya menjerit nama Tuhan. Allah! Allah! Allah! Kemudian, general Zionis mengarahkan supaya saya dibunuh. Mereka menumbuk saya berkali-kali. Kemudian menembak beberapa das tembakan ke tubuh saya. saya meronta. Rontaan saya tidak didengari. Mereka teruskan menembak. Saya menyebut “Allah!” sehinggalah nafas terakhir saya. sebelum saya syahid, saya memikirkan nasib keluarga saya. adakah mereka selamat? Tentu tidak.


Fragmen II


Zionis memijak mayat Palestin. Mereka melompat kegembiraan. Mereka tidak sedar diri. Zionis merancang untuk menjadi penguasa dunia. Mereka mempunyai kemahiran manipulasi yang sangat hebat. Sehinggakan, kuasa besar dunia juga menyokong mereka. Zionis ketawakan Arab. Zionis ketawakan Muslim. Kata mereka, Muslim dan Arab hanyalah patung yang tidak mampu berbuat apa-apa. Boleh dipermainkan. Boleh disakiti, boleh dijadikan badut.


Fragmen III


Sajak untuk Palestin.


“Saat kami berhibur & kami bertanya

Tak adakah hiasan di hari raya?

Dunia

Tanahku terbakar

Kebebasan pun telah sirna

Tanah kecilku, seperti tubuhku

hadirkan damai

Di waktu kecilku

beri masa kecil kami

beri masa kecil kami

Hadirkan

hadirkanlah kedamaian”

Terjemahan Atouna Toufule


Sajak untuk Palestin.


Langit

bewarna ungu pekat

diledak bom zionis

angin

berbau merah saga

peluru

membunuh syuhada


Mana Arab mana Muslimin

Yang bersilat lidah

Di meja persidangan

Ketika nestapa membelah bahagia

Matahari Palestin yang mati

Persoalan kami


Adakah Palestin

Juga mati di hati saudara?

Mana Arab mana Muslim?

Yang kononnya mahu hancurkan Zionis?


Bilakah lagi

Dapat kami melihat zamrud?

Berkelipan di balik malam

Menebar kegelapan

Menghitung kehancuran

Mana negara Islam?

Yang mempunyai tentera


Bantulah kami

Dengan api azam sepanas Merapi

Mana mata kalian?

Yang melihat darah syuhada

Tumpah tanpa nuraga


Dengarkanlah

Jeritan dari lidah kami


BANG!

Innalillahiwainnailaihirajiun




(Tulisan ini adalah tulisan saudara M.Emir dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya)


33 views0 comments

コメント


bottom of page