top of page

Mukti: 16 years old Stateless Child

Raising the Metal Banner: Mukti the Metal Music Enthusiast

Hello, introducing myself, Mukti, my buddy typically refers to me as Mukh! I have a hobby. My hobby is a little scary but not as frightening as you may expect. So my hobby is to listen to hard music from the genres of Black Metal, Hardcore, Grindcore, and many more hard music genres. But I do not solely listen to these type of music. There are also some other genres of music that I enjoy such as Grunge, Skinhead, Punk and Ska. But, when I listen to Hardcore music at home, I am sometimes asked,


"What kind of music are you listening to? So noisy!" But, I don't really mind what other people think of it. As long as I enjoy it. So my dream is to produce a Hardcore or perhaps, Metal band. Because this type of music makes me energised rather than weak. How can I be interested in such music? Because I previously like this music. So, until now, I still like playing and listening to music. If it is a musical instrument, I enjoy playing the guitar and singing. I am also good at imitating a loud voice, such as that metal voice. I also occasionally copy to draw the band's name in Metal writing. It is a little tricky to copy write like Metal.


That is all for now. To my friends out there. If you are interested in anything, do not be afraid. We must have hobbies and dreams. Cheers #I'mMetal!


Halu, perkenalkan aku Mukti ataupun kawan-kawan aku panggil Mukh seja! Aku punya hobi. Hobiku ni agak menyeramkan jugalah, tapi tidaklah seseram yang anda sangkakan. Jadi hobiku ini adalah aku suka mendengar muzik-muzik keras daripada genre Black Metal, Hardcore, Grindcore dan banyak lagilah genre muzik keras. Tapi bukan muzik keras sejalah yang aku layan. Ada jugalah beberapa genre muzik lain yang aku layan seperti Grunge, Skinhead, Punk dan Ska. Tapi, apabila aku dengar muzik Hardcore di rumahkan, kadang ditanya aku,


"Lagu apa kau dengar tu? bikin pening kepala!" Tapi aku ndak (1) hiraukan apa yang diorang (2) bilang (3). Yang penting aku happy. Jadi cita-citaku adalah aku ingin membuat satu band Hardcore atau pun Metal. Kerana muzik- muzik seperti ini membuatkan aku jadi bersemangat dan tidak lembik. Macam mana aku boleh minat dengan muzik- muzik sebegini? Sebab dulu, aku suka betul pasal muzik ni. Jadi sampailah sekarang aku masih suka main muzik dan suka mendengar muzik. Kalau alat muzik, aku suka main gitar dan aku suka juga menyanyi dan aku pandai tiru suara keras seperti suara metal tu. Aku pun kadang meniru untuk melukis nama band itu dengan tulisan Metal. Kalau mau tiru tulisan seperti Metal tu, agak susah sikit jugalah.


Ok itu saja. Kepada kawan-kawanku di luar sana. Kalau kamu minat apa-apa seja, jangan takut. Kita mesti ada hobi dan cita-cita. Salam #AkuMetal!


Glosari

(1) Ndak> Tidak

(2) Diorang> Mereka

(3) Bilang> Cakap

bottom of page